iMASCU semakan syarat kelayakan UPU online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Setinggi tingi ucapan tahniah diucapkan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atas keputusan yang diperoleh. Apa sahaja keputusan yang diterima sudah pastinya adalah hasil usaha keras anda semua. Jika mendapat keputusan yang baik tahniah dan bersyukurlah jika sebaliknya teruskan berusaha lagi di masa akan datang. Perjalanan anda masih lagi jauh dan anda harus perlu terus berusaha lagi.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan cita-cita anda semua tercapai, sebuah aplikasi semakan telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi yang dinamakan iMASCU. Sistem semak syarat iMASCU ini boleh membantu pemohon yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam melalui UPU untuk membuat semakan kelayakan dan membuat pilihan jurusan yang sesuai dengan pemohon.

Pelajar lepasan SPM boleh membuat semakan mereka melalui UPU online untuk pengambilan ke Universiti Awam dan politeknik berdasarkan keputusan peperiksaan. Semakan merangkumi pelbagai program seperti asasi, diploma dan ijazah sarjana muda. Perlu diingatkan semakan adalah berdasarkan keputusan akedemik sahaja.

CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN PENGAJIAN MELALUI iMASCU

Bagi memudahkan pemohon, berikut dikongsikan cara membuat semakan kelayakan ke universiti awam/politeknik dengan menggunakan sistem iMASCU:

iMASCU semak syarat kelayakan UPU online

Cara Membuat Semakan Kelayakan Melalui iMASCU

Sistem semakan iMASCU tidak lagi berfungsi. Pemohon UPU adalah dinasihatkan untuk menggunakan sistem semakan kelayakan am dan khas UPU di pautan berikut :-

klik sini SISTEM e-PANDUAN UPU

  1. Layari pautan seperti di atas
  2. Isi maklumat seperti dipaparkan di skrin seperti nombor kad pengenalan, nama, email, nombor telefon dan kategori (SPM/STPM)
  3. Isi maklumat akedemik dan keputusan peperiksaan bagi setiap pelajaran
  4. Klik butang semak dan sistem akan memaparkan kelayakan pemohon berdasarkan maklumat yang diisi

Nota Penting Untuk Pemohon

  • Pemohon lepasan SPM perlu mengisi keputusan peperiksaan mengikut gred yang diperoleh. Keputusan percubaan juga boleh digunakan
  • Untuk lepasan STPM, pemohon juga perlu mengisi keputusan peperiksaan, keputusan SPM dan keputusan MUET
  • Semakan keputusan menggunakan sistem iMASCU akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up
  • Senarai tempat pengajian yang layak dipohon akan dipaparkan. Untuk melihat program yang ditawarkan sila klik institusi berkenaan

Semakan Syarat Kelayakan Akedemik  Ke UiTM/Politeknik

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke UiTM dan Politeknik sila buat semakan dengan menggunakan sistem berikut:

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian di pautan berikut:

Close