Syarat kemasukan ke program Matrikulasi KPM

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Kolej Matrikulasi merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi yang menyediakan program pra-universiti kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kolej Matrikulasi adalah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Setiap tahun bahagian Matrikulasi akan membuka peluang kepada pelajar yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi. Permohonan adalah melalui online. Oleh itu, pelajar yang berminat boleh membuat semakan di laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM untuk melihat hebahan berkaitan.

Terdapat dua program yang disediakan di Matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Pelajar boleh pilih antara satu berdasarkan minat, kemampuan dan juga keputusan SPM anda. Pelajar digalakkan membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan bagi memudahkan urusan. Beberapa syarat telah ditetapkan oleh KPM sila pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu.

Kolej Matrikulasi kini telah banyak dibina di seluruh Malaysia bagi menampung permintaan pemohon setiap kali menjelang hari permohonan. Silibus yang diguna pakai oleh kolej Matrikulasi di bawah pengawasan KPM dan menepati piawaian yang telah ditetapkan. Kemudahan untuk pelajar juga telah ditambah baik dan diperbanyak. Ini semua bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar agar mendapat suasana yang kondusif ketika belajar.

SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI

Berikut dikongsikan syarat kemasukan ke kolej Matrikulasi. Pemohon dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila lihat jadual di bawah untuk rujukan syarat kemasukan:

Syarat Kemasukan Program Matrikulasi

SYARAT KEMASUKAN KE MATRIKULASI
Berikut adalah syarat kemasukan ke Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 sebagai rujukan semua.  Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum membeli no pin. Ini bagi memastikan segala permohonan berjalan dengan lancar.
SYARAT KELAYAKAN AM
Point bulletWarganegara Malaysia
Point bulletBerumur tidak lebih daripada 20 tahun ketika memohon
Point bulletMerupakan calon SPM tahun semasa
Bagi setiap pemohon juga perlulah melepasi syarat minimum kelayakan akademik subjek yang diambil dalam peperiksaan SPM mengikut jurusan seperti berikut:
JURUSAN SAINS (Sistem 2 Semester)
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
BMatematik
CMatematik Tambahan
CKimia
CFizik / Biologi
LulusSejarah
JURUSAN SAINS (Sistem 4 Semester)
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
CMatematik
LulusMatematik Tambahan
LulusKimia
LulusFizik / Biologi / Sains Komputer
LulusSejarah
JURUSAN KEJURUTERAAN
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
BMatematik
CMatematik Tambahan
CFizik
LulusKimia
LulusSejarah
CMana-mana (1) mata pelajaran berikut:
Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
JURUSAN PERAKAUNAN
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
CBahasa Inggeris
CMatematik
LulusSejarah
CMana-mana (3) mata pelajaran berikut:
Kimia / Fizik / Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Matematik Tambahan
JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL
GredMata Pelajaran
CBahasa Melayu
A-Bahasa Inggeris
AMatematik
CMatematik Tambahan
LulusSejarah
AMana-mana (3) mata pelajaran berikut:
Kimia / Fizik / Biologi/ Sains / Sains Tambahan/ Asas Kelestarian Pertanian/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berbuat demikian dengan klik pautan di bawah:
Close