Permohonan USIM Ambilan Kedua 2024 Online

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah universiti yang ke-12 dimiliki penuh oleh Kerajaan. Ianya menawarkan program pengajian untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) /setaraf. Setiap tahun USIM akan membuka kemasukan ambilan kedua sekitar bulan Februari melalui laman sesawang rasmi USIM. Bagi mereka yang berminat, digalakkan untuk membuat permohonan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sebelum ini USIM pernah dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM). Ianya mempunyai kampus utama yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan selain kampus kedua iaitu di Pandan Indah, Kuala Lumpur yang merupakan tempat pelajar khusus dalam pengajian Perubatan dan Kesihatan serta Pengajian Pergigian. USIM adalah satu-satunya Universiti Awam (UA) yang menawarkan semua program pengajiannya dengan menggunakan pendekatan pendidikan Islam. Ianya menekankan model pendidikan yang berlandaskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Dari segi kemudahan pula, USIM menyediakan pelbagai kemudahan/fasiliti seperti tempat penginapan, perpustakaan, kafeteria, tempat rekreasi dan riadah, dan juga perkhidmatan pengangkutan bagi kegunaan pelajar di kampus. Khidmat sokongan pelajar seperti bantuan kewangan (biasiswa) dan khidmat kaunseling turut serta disediakan oleh pihak USIM. Oleh itu, jika terdapat pemohon yang berminat dengan program pengajian yang ditawarkan di USIM dan tidak berpeluang semasa ambilan pertama, berikut merupakan perkongsian cara permohonan kemasukan USIM ambilan kedua 2024.

PERMOHONAN USIM AMBILAN KEDUA SESI MAC 2024 ONLINE

Berikut adalah maklumat penting seperti tarikh permohonan, cara permohonan, dan syarat kelayakan kemasukan ke USIM Ambilan Kedua 2024.

Permohonan 2nd Intake USIM

TARIKH PERMOHONAN ONLINE AMBILAN KEDUA USIM SESI 2024
BukaTutup
 27 November 202329 Disember 2023
Permohonan ambilan kedua untuk kemasukan ke USIM 2024 adalah untuk pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi/Diploma/Asasi UA/setaraf sahaja.
PERMOHONAN ONLINE AMBILAN KEDUA KEMASUKAN USIM 2023
Pemohon perlu membuat permohonan secara online melalui pautan di bawah:

klik siniPermohonan USIM online
iklan ambilan kedua usim 2023 2024

PANDUAN PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN USIM 2024

  • Setelah pemohon klik pada pautan yang disediakan di atas, pemohon akan dibawa ke muka skrin ‘Application For Undergraduate’.
  • Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun pendaftar bersama USIM, sila klik ‘New Registration’.
  • Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan tekan ‘Submit’.
  • Sila ikuti arahan yang diberikan seterusnya untuk meneruskan langkah membuat permohonan.

SYARAT KEMASUKAN KEMASUKAN USIM 2024

Berikut adalah syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di USIM untuk program Asasi (Tamhidi), Sarjana Muda dan Siswazah sebagai rujukan semua:

Syarat-syarat program pengajian di USIM telah ditetapkan oleh pihak USIM. Oleh kerana persaingan kemasukan yang tinggi, syarat-syarat tersebut perlu dipatuhi untuk permohonan dipertimbangkan dengan adil oleh USIM.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh berbuat demikian dengan menghubungi maklumat yang tertera dibawah atau melayari portal rasmi USIM yang disediakan di pautan di bawah:

pointPortal Rasmi USIM
pointFacebook Rasmi USIM

Jabatan Pemasaran dan Kemasukan Pelajar,
Universiti Sains Islam Malaysia,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-798 8000
E-mel : admission@usim.edu.my

Close