Permohonan program DPLI UM Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) merupakan usaha untuk menarik minat graduan lepasan ijazah bukan pendidikan untuk menjadi warga pendidik. Program yang dikelolakan Universiti Malaya (UM) ini telah dibuka dan promosi untuk menarik minat belia sedang giat dijalankan. Kita sedia maklum, kerjaya sebagai guru amat mulia kerana mereka lah yang membentuk anak-anak kita.

Bagi menampung bilangan guru, terutama guru lelaki usaha Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UM dan universiti awam lain untuk mempersiapkan belia lepasan ijazah bukan pendidikan untuk menjadi seorang guru. Program ini berbeza dengan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISPM) kerana ia dijalankan selama satu tahun secara kelas masa fleksibel.

Perlu diingatkan program DPLI ini terbuka untuk graduan lepasan ijazah sahaja. Pemohon juga perlu tahu tiada jaminan untuk terus mendapat tempat sebagai guru. Ia bergantung juga pada kekosongan. Namun keputusan yang cemerlang mengikuti program ini akan memudahkan untuk mendapat tempat untuk menjadi seorang guru.

PERMOHONAN PROGRAM DPLI UNIVERSITI MALAYA

Untuk pengetahuan pemohon, permohonan untuk program ini telah pon dibuka untuk ambilan September. Oleh itu berikut dikongsikan tarikh tutup permohonan, syarat kelayakan memohon serta lain-lain info untuk panduan pemohon yang berminat:

 UPU Fcon e1528140306113
Permohonan DPLI UM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TutupJam
15 April 202011:59 malam
CARA MEMBUAT PERMOHONAN DPLI
PERMOHONAN DPLI

klik sinihttps://pgadmission.um.edu.my/
no 1Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian dengan melayari pautan di atas
no 2Pemohon perlu membuat pendaftaran sebelum membuat permohonan. Sila klik create new account dan isi maklumat yang diminta kemudian tekan butang register.
no 3Kod varifikasi akan dihantar ke akaun email anda. Klik pada pautan diberikan kemudian log in borang.
no 4Untuk mengisi borang permohonan, sila tekan Add New Programme
no 5Sila pastikan maklumat dalam borang permohonan adalah seperti berikut :
Mode of Programme : Course work (Kerja Kursus)
Intake : Semester 1, Session 2020/2021 (Sep 2020)
Academy/ Faculty : Education
Programme : PQH – Diploma in Education
no 6Lengkapkan maklumat yang diminta di borang permohonan. Jika semua maklumat sudah lengkap sila klik butang setuju.
no 7RM50 dikenakan sebagai wang proses permohonan
KELAYAKAN MEMOHON PROGRAM DPLI
Sebelum membuat permohonan, pemohon dinasihatkan membuat semakan kelayakan terlebih dahulu. Berikut adalah senarai syarat kelayakan kemasukan ke program DPLI:
tick iconPemohon hendaklah pemegang ijazah yang diiktiraf.
tick iconWarganegara Malaysia.
tick iconTidak melebihi 35 tahun.
tick iconTidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan boleh untuk mengikuti program yang diaturkan.
tick iconCalon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia
tick iconCalon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon
tick iconUntuk memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
tick iconPemegang Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
tick iconMendapat sekurang kurangnya kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V)
BIDANG YANG DITAWARKAN MELALUI DPLI
Berikut merupakan bidang yang ditawarkan melalui program DPLI:
Bahasa MalaysiaMatematik
Fizik Kimia
BiologiTeknologi Pengajaran
Pendidikan IslamPendidikan jasmani dan kesihatan
Pendidikan tahfiz Kejuruteraan
Sains Komputer
Close