Punca Gagal Permohonan UPU Kenapa Tidak Berjaya

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Di Malaysia kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan lain-lain sijil yang diiktiraf ke universiti awam perlulah melalui unit pengambilan pelajar (UPU). Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mewujudkan satu sistem atas talian (online) untuk pelajar membuat permohonan kemasukan ke universiti awam. Setiap tahun, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) akan membuat hebahan melalui laman web dan facebook rasminya tentang tarikh-tarikh penting UPU.

Kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan mereka, tahniah diucapkan kerana anda sudah pun selangkah menuju ke menara gading. Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang gagal mendapat tempat? Jangan risau kerana UPU akan membuka kembali permohonan untuk permohonan rayuan. Rayuan hanya boleh dibuat jika pemohon gagal mendapat tawaran ketika sesi pertama. Namun perlu diingatkan bahawa kemasukan adalah terhad kepada kekosongan yang ada.

Bagi memudahkan pemohon, anda hendaklah selalu melayari laman facebook BPKP untuk mengetahui info-info penting tentang UPU. Pemohon juga perlu tahu cara-cara membuat permohonan yang betul. Ini bertujuan bagi mengelakkan pemohon mengalami masalah dan bagi mengelakkan daripada permohonan anda ditolak.

PUNCA GAGAL PERMOHONAN UPU, KENAPA TIDAK BERJAYA?

Untuk pengetahuan semua, terdapat beribu permohonan pelajar yang gagal mendapatkan tempat ke universiti awam melalui permohonan mereka di UPU. Oleh itu, kami kongsikan beberapa punca utama pelajar gagal membuat permohonan UPU:

Punca Kegagalan Permohonan UPU

PUNCA DAN JAWAPAN GAGAL PERMOHONAN UPU

  1.  Tidak menepati syarat khusus yang program yang dipohon
    • Sebelum membuat permohonan, pelajar disarankan untuk membuat semakan terlebih dahulu tentang syarat minima yang telah ditetapkan untuk sesuatu program. Syarat am untuk kemasukan ke IPTA, anda wajib mendapat sekurang-kurangnya 5 kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah. Oleh itu, pelajar perlu memilih program yang menepati syarat kemasukan program dan kursus yang dipohon.
  2. Dokumen yang penting tidak lengkap
    • Ketika mengisi borang permohonan, pelajar diminta untuk memuat naik beberapa dokumen penting seperti Sijil SPM, keputusan MUET, transkrip dan banyak lagi. Dokumen itu pula mesti disahkan sebelum dimuat naik. Jika dokumen ini tidak dihantar dan disahkan secara automatik permohonan anda ditolak3
  3. Gagal dalam temuduga
    • Terdapat beberapa program yang memerlukan anda untuk hadir ke sesi temuduga seperti program perguruan. Untuk diterima masuk ke program tersebut anda perlu melepasi dengan cemerlang sesi temuduga kemudian anda akan diterima masuk ke program yang dipohon. Oleh itu kami nasihatkan anda mempersiapkan diri anda dengan temuduga yang bakal anda hadapai4
  4. Tempat terhad
    • Bagi pelajar yang membuat permohonan bagi kursus yang popular anda harus bersedia dengan saingan yang sengit dengan pelajar lain. Pengajian popular seperti program perguruan, perubatan dan kejuruteraan menjadi pilihan utama pelajar namun tempat adalah terhad. Oleh itu pemilihan dibuat berdasarkan merit pemohon.5
  5. Menolak tawaran kemudian membuat permohonan semula melalui e-rayuan
    • Jika pemohon telah menolak tawaran untuk yang kali pertama secara automatik permohonan anda melalui e-rayuan akan ditolak. Ini kerana permohonan e-rayuan hanya terbuka kepada mereka yang tidak mendapat apa-apa tawaran daripada UPU

punca gagal upu

proses pemilihan pelajar ke upu

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila layari laman facebook rasmi BPKP seperti dibawah:

Close