Tarikh Dan Lokasi Program Jom Masuk U 2024

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Setiap tahun, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) bagi menarik minat pelajar lepasan SPM atau O-level, STPM dan setaraf untuk hadir dan mencari bidang yang sesuai bagi mereka memulakan pengajian tertiari. Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap tahun secara konsisten karnival ini akan mendapat sambutan yang meriah dalam kalangan para pelajar. Bukan sahaja pelajar daripada Malaysia yang hadir, malah pelajar dari luar negara juga tertarik untuk hadir kerana banyak informasi mengenai institusi pendidikan tinggi di Malaysia diberikan secara terperinci.

Pada tahun ini, JPT akan menganjurkan lagi KPTN buat kali ke-17. Wakil dari setiap universiti tersohor akan menyertai karnival ini untuk mempamerkan program-program pengajian yang ditawarkan oleh institusi mereka kepada bakal pelajar. Organisasi Pendidikan seperti MARA dan PTPTN juga turut serta berada di karnival ini untuk memberi bimbingan dan pesanan kepada para pelajar yang sedang dalam proses melanjutkan pelajaran.

Untuk tahun lepas, KPTN telah diadakan sepanjang bulan Mac di seluruh Malaysia. Selalunya, karnival ini berlangsung dari bulan Januari sehingga April pada setiap tahun. Selain itu, para pelajar digalakkan untuk menghadirkan diri ke karnival ini bagi mendapatkkan informasi lebih lanjut mengenai pengajian Universiti.

TARIKH DAN LOKASI KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA KPTN / JOM MASUK U 2024

Karnival Pendidikan Tinggi Negara akan diadakan di seluruh Malaysia di beberapa lokasi yang ditetapkan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Lokasi dan tarikh karnival pendidikan ini bagi tahun 2023 seperti yang dikongsikan di bawah sebagai rujukan. Bagi tahun 2024 akan dikemaskini.

UPU Fcon e1528140306113
Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019
KELEBIHAN HADIR KE KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA
tick iconMemperoleh pencerahan mengenai hala tuju pendidikan ke peringkat seterusnya
tick iconMendapat informasi penting berkaitan Institut Pengajian Tinggi dalam negara termasuk tawaran program yang ada
tick iconMemberi kemudahan kepada pelajar untuk membuat keputusan yang betul dalam memilih tempat pengajian tinggi
tick iconMendapat nasihat serta bimbingan daripada wakil IPT
tick iconMendapat maklumat jelas berhubung peluang melanjutkan pengajian di IPT seperti program yang ditawarkan berdasarkan kesesuaian kelayakan akademik seseorang pelajar
tick iconMemudahkan pelajar melakukan perbandingan dengan IPT lain mengikut kesesuaian pelajar
tick iconMemudahkan pelajar mendapatkan maklumat yang lanjut berkaitan pilihan program pengajian yang diminati

jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u 2023 1jadual karnival pendidikan tinggi jom masuk u 2023 2

TARIKH DAN LOKASI PROGRAM JOM MASUK U SELURUH MALAYSIA
ZonNegeriLokasiTarikh
Zon 1 JohorStadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor20 & 21 Mei 2023
Zon 2 SarawakTime Square Megamall Bintulu, Sarawak20 & 21 Mei 2023
Zon 3SabahKompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, Sabah27 & 28 Mei 2023
Zon 4 KedahDewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kedah27 & 28 Mei 2023
Zon 5TerengganuDewan Sultan Mizan, UMT, Terengganu3 & 4 Jun 2023
Zon 6 Kuala LumpurDewan Tunku Canselor, UM, Kuala Lumpur4 & 5 Jun 2023
Karnival akan bermula dari jam 9 pagi sampai jam 5 petang serta masuk adalah percuma. Sebarang perubahan tarikh atau lokasi akan dikemaskini dari masa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh layari portal JPT seperti berikut atau hubungi maklumat berkenaan:
pointPortal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

point Telefon : 03-88708200 (Helpline UPU) – Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Close