Semakan Keputusan ILKBS 2025 Online (IKBN)

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) yang terdiri daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) adalah sebuah pusat latihan di bawah pentadbiran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) yang menyediakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian di negara ini.

Untuk pengetahuan umum, buat masa ini terdapat 21 buah ILKBS di bawah pantauan KBS yang terdiri daripada 13 buah IKBN, lapan buah IKTBN dan satu Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Kursus kemahiran secara sepenuh masa dan jangka pendek turut ditawarkan oleh IKBN kepada semua pemohon yang berkelulusan SPM/ SKM/ ST. Permohonan untuk kemasukan ke IKBN akan dibuka sebanyak dua kali setahun iaitu untuk sesi Januari dan Julai. Permohonan ke sesi Januari boleh dibuat melalui Portal Rasmi eKampus KBS manakala untuk sesi Julai boleh dibuat melalui laman rasmi UPUOnline dan UPUSkills.

Latihan kemahiran sepenuh masa dijalankan antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil. Selain itu, menerusi maklumat Portal Rasmi eikbn, tarikh semakan keputusan bagi permohonan kemasukan ke ILKBS untuk sesi Januari 2025 dijangka akan diumumkan pada bulan Disember 2024 dan bagi sesi Julai 2025 pada bulan Jun 2025. Semakan keputusan ini melibatkan tawaran kemasukan ke IKBN dan IKTBN, dan juga boleh dibuat secara online melalui Portal eKampus Kementerian Belia Dan Sukan.

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN KE ILKBS (IKBN & IKTBN) 2025 ONLINE

Berikut adalah perkongsian maklumat mengenai semakan secara atas talian (online) untuk permohonan kemasukan IKBN bagi sesi (1) Januari 2025 dan sesi (2) Julai 2025. Pemohon digalakkan untuk mematuhi arahan yang tertera agar tidak tertinggal langkah-langkah yang penting:

Semakan ILKBS Online

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN ILKBS SESI 1 2025
BukaTutup
9 Disember 20245 Januari 2025
Tarikh di atas adalah bagi calon lepasan SPM. Semakan keputusan permohonan bagi calon lepasan SKM/ST boleh disemak mulai tarikh yang sama. Sebarang pindaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ILKBS ONLINE
Berikut adalah pautan ke portal rasmi eKAMPUS KBS untuk membuat semakan permohonan kemasukan ke IKBN dan IKTBN bagi ambilan sesi 1 2025:

APLIKASI SEMAKAN IKBN ONLINE

klik siniUPUOnline atau Portal Rasmi eKAMPUS KBS
Sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan /Mykad yang betul dan seterusnya klik pada Butang Semakan.
TARIKH PENTING PERMOHONAN DAN SEMAKAN ILKBS SESI 1 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk semakan keputusan tawaran ke IKBN dan IKBTN bagi sesi 1 2025. Tarikh tertakluk pada perubahan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
TarikhPerkara
1 Oktober 2024Sistem Permohonan Online Dibuka
    15 November 2024Sistem Permohonan Online Ditutup
25 November – 6 Disember 2024Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda # sahaja)
belum prosesSesi Temuduga (kursus yang bertanda #)
9 Disember 2024Hebahan Keputusan Permohonan
5 Januari 2025Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Menerima Tawaran
belum prosesTempoh Rayuan Kemasukan
belum prosesSemakan Permohonan Rayuan
      3 Februari 2025Pendaftaran Bagi Pelajar Baru
Info ButtonSemua makluman berkaitan temuduga dan keputusan permohonan ILKBS perlu disemak di laman sesawang KBS sahaja. Tempoh rayuan kemasukan terus ke ILKBS adalah tertakluk pada kekosongan tempat. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
TARIKH PENTING PERMOHONAN DAN SEMAKAN ILKBS SESI 2 2024
Berikut adalah tarikh-tarkh penting untuk permohonan dan semakan keputusan tawaran ke IKBN dan IKBTN bagi sesi 2 2024 sebagai rujukan:
TarikhPerkara
Jualan pin UPU di BSN
29 Mac – 11 Jun 2024Sistem Permohonan UPUOnline (Lepasan SPM) Dibuka dan Ditutup
belum proses
Sistem Permohonan UPUSkills (Lepasan SKM/ST atau Diploma Kemahiran Malaysia bagi sambung tahap) Dibuka
belum prosesSemakan Panggilan Temuduga (untuk kursus bertanda # lepasan SPM dan SKM /ST)
belum prosesSesi Temuduga (untuk kursus bertanda # lepasan SPM dan SKM / ST)
28 Jun 2024Hebahan Keputusan Permohonan ILKBS dan tarikh Cetak Surat Tawaran (Lepasan SPM)
28 Jun 2024Tawaran Hebahan Keputusan Permohonan ILKBS dan tarikh Cetak Surat Tawaran (Lepasan SPM/ SKM/ST)
28 Jun – 14 Julai 2024Tarikh Pengesahan Maklum Balas Tawaran
belum prosesTempoh Rayuan Kemasukan (bagi terus ke IKBN)
5 Ogos 2024Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Julai 2024
Close