Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT 2026
Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh
Pendidikan merupakan satu perkara yang penting dalam menyokong visi membangunkan negara. Tidak hairanlah kerajaan sering bertungkus-lumus memperbaikkan taraf pendidikan di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) di seluruh negara dengan tujuan menyediakan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar. Matlamat usaha tersebut adalah untuk memajukan sekolah berkemahiran sebagai tindak balas kepada tuntutan majikan yang lebih mahukan graduan berkompeten untuk memenuhi permintaan industri.
Kerajaan sentiasa berusaha menaik taraf sistem dan pendidikan KV dan SMT dari semasa ke semasa. Pembaharuan yang dilakukan antaranya adalah dari segi kemudahan dan keselesaan pelajar. Kemudahan seperti tempat belajar, bengkel, dan perpustakaan turut serta dibaik pulih bagi mengekalkan keselesaan pelajar. Hal ini kerana, sekiranya kemudahan asas berada di tahap yang baik, secara tidak langsung akan menyumbang kepada lahirnya lebih ramai graduan berkompeten.
Bagi mereka yang mempunyai minat dalam pendidikan yang ditawarkan di KV dan SMT, boleh melakukan permohonan kemasukan. Sebagai peringatan, pelajar yang berminat mesti meneliti syarat kemasukan yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon. Sekiranya pelajar berminat dan layak, disarankan agar membuat permohonan seperti yang ditetapkan.
PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) SESI 2026
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan KV 2026 dan SMT secara online/ atas talian termasuk syarat kemasukan dan tarikh penting permohonan.
TARIKH PERMOHONAN KV DAN SMT 2026 | ||
Buka | Tutup | |
1 Ogos 2025 | 7 September 2025 | |
Langkah-Langkah Membuat Permohonan
Di bawah adalah kaedah permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah menengah Teknik :-
- Kemaskini maklumat pelajar di SPATKPM jika perlu, maklumat peribadi murid, ibu, bapa atau penjaga perlu dikemaskini pada Modul Pengurusan Murid
- Layari Laman Rasmi SPSKT4
- Isi permohonan dan pastikan medan wajib telah diisi
- Semak semula permohonan yang dibuat dan pastikan maklumat yang diisi adalah tepat
- Cetak borang permohonan yang lengkap sebagai rujukan
- Kemaskini permohonan boleh dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 7 September 2025
Panduan yang lebih lanjut boleh dirujuk pada : Panduan Permohonan Sekolah Khusus
Tarikh-Tarikh Penting Permohonan KV & SM Teknik 2025
Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan Kolej Vokasional dan SM Teknik yang meliputi tarikh buka dan tutup permohonan, tarikh semakan dan pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus serta tarikh keputusan tawaran.
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV DAN SMT 2025 | ||
Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan ke KV dan SMT bagi sesi 2026 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika terdapat perubahan tarikh | ||
Tarikh | Perkara | Tindakan/Nota |
1 Ogos – 7 Sep 2025 | Sistem aplikasi permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan dibuka dan ditutup. Tarikh RASMI | Pemohon |
12 Sep – 3 Okt 2025 | Semakan Pusat PKSK | Pemohon |
22 Sep – 3 Okt 2024 | Pelaksanaan Pentaksiran | Pemohon |
26 Disember 2025 | Pemohon boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) | Semakan tawaran boleh di buat secara online di laman sesawang SPSKT4 |
13 Januari 2026 | Pendaftaran murid | Pemohon |
Rayuan / Walk-in bagi murid Tingkatan 3 lepasan PBS 2024 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC | Calon (pemohon rayuan) perlu hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dimohon bagi membuat rayuan mulai tarikh yang akan dinyatakan | |
26 Disember 2025 – 13 Januari 2026 | Permohonan Rayuan | Pemohon |
6 – 10 Februari 2026 | Keputusan Rayuan | Calon (pemohon rayuan) |
Program Ditawarkan & Syarat Kemasukan KV
i) PROGRAM SIJIL
Matlamat program Technical Vocational Education Training (TVET) yang ditawarkan di kolej vokasional untuk melahirkan murid yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.
Program ini ditawarkan di 86 buah kolej vokasional merangkumi 35 program.
Sistem pengajian di kolej vokasional adalah berdasarkan sistem semester. Murid program sijil akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun (4 semester).
Pembelajaran di kolej vokasional menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan oleh panel akademik dan industri. KSKV dilaksanakan berdasarkan pendidikan berasaskan keberhasilan Outcome Based Education (OBE) yang menitikberatkan kepada pencapaian keberhasilan murid selepas tamat pengajian.
Murid yang lulus pengajian di peringkat sijil akan dianugerahkan dwi persijilan iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Murid yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian diploma di dalam program yang sama di kolej vokasional.
ii) PROGRAM KEMAHIRAN
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran serta memiliki persijilan kemahiran yang diiktiraf mengikut keperluan industri.
Program ini hanya ditawarkan di beberapa buah kolej vokasional terpilih sahaja.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 2 tahun.
Murid yang tamat dan lulus pengajian program ini akan dianugerahkan SKM mengikut tahap ditawarkan yang diiktiraf oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.
Program kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:
- PROGRAM KEMAHIRAN PENUH
- PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)
Syarat untuk memohon ke KV adalah seperti berikut:-
a) Syarat ke Program Sijil
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer
b) Syarat ke Program Kemahiran
SYARAT UMUM
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2025/2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
- Murid menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira)
Kursus Ditawarkan & Syarat Kemasukan SMT
Kursus Teknikal yang ditawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada pengajian seperti berikut:
- i. Pengajian Kejuruteraan Awam
- ii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- iii. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- iv. Perdagangan
- v. Sains Pertanian
Murid berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Kolej Tingkatan 6, Kolej Matrikulasi, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) setelah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Matlamat kursus teknikal adalah untuk melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- i. Tingkatan 4
- ii. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Teknik (SMT), sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut :-
SYARAT KEMASUKAN SMT (UMUM)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia.
- Tingkatan 3 pada sesi akademik 2026.
- Mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid.
- WAJIB menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
- Mempunyai pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Sihat tubuh badan.
- Tiada sebarang kecederaan/sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali.
- TIDAK rabun warna/ buta warna.
- Berminat dengan program dipohon.
SYARAT KHUSUS
Murid memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi/Asas Sains Komputer
MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV)
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154)