Permohonan UPUSkills Kemasukan 2021

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Institut Kemahiran menekankan kurikulum pendidikan eksklusif kepada para pelajar yang sederhana dalam akademik tetapi inginkan kemahiran dalam sesuatu bidang. Pengajian di institut ini mempunyai skop yang lebih spesifik terhadap sesuatu disiplin seperti kursus pertukangan dan automotif. Ia menjadi pilihan alternatif bagi pelajar selain Universiti Awam dan Universiti Swasta.

Walau bagaimanapun, Institut Kemahiran masih menjadi pilihan sebilangan pelajar yang ingin terus melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran dan seterusnya bekerja dalam bidang tersebut. Pelajar Institut Kemahiran juga dilihat sudah mempunyai gambaran jelas tentang peluang pekerjaan yang bakal diceburi mereka. Ini kerana kurikulumnya berbentuk praktikal dan hands-on yang memudahkan mereka untuk fokus dalam mengasah bakat atau kemahiran mereka secara mendalam.

Selain itu, menurut laporan akhbar Harian Metro, hampir 85% pelajar lepasan Institut Kemahiran memperoleh peluang pekerjaan awal sebelum majilis konvokesyen mereka lagi berbanding pelajar dari IPTA dan IPTS. Salah sebuah Institut Kemahiran yang berprestij adalah Institut Kemahiran Baitulmal yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekututan (MAIWP). Politeknik Konvensional/Metro pula merupakan pilihan sesuai berbanding Politeknik Premier bagi pelajar yang berminat untuk ke Politeknik dengan kos yang lebih rendah dan mendapat pendidikan yang lebih komprehensif.

Bagi pelajar Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pengajian Sijil Pengajar Vokasional (VTO) yang berminat untuk menyambung pengajian, anda boleh membuat permohonan melalui UPUSkills secara online. Kemasukan ke Politeknik Konvensional / Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) ini adalah bagi pelajar lepasan berikut menyambung Tahap.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Kementerian Pendidikan Tinggi ataupun (MOE) memainkan peranan dalam mengendalikan pengambilan pelajar melalui UPU Skills setiap tahun. MOE mempunyai portal rasmi online bagi pelajar untuk membuat permohonan kemasukan secara atas talian (Online).

PERMOHONAN UPUSKILLS SESI 2021-2022 ONLINE LEPASAN SKM, DKM, ST DAN VTO

Berikut adalah panduan dan jadual sesi permohonan UPUSkills ke Institusi Kemahiran bagi rujukan pelajar. Antara institusi yang terlibat dalam permohonan UpuSkills adalah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jabatan Pertauliahan & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Politeknik, dan BLKP.

Permohonan Upuskills Kemasukan 2019

JADUAL TARIKH PERMOHONAN UPU SKILLS BAGI SESI 2020
InstitutTarikh
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Tutup
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)Tutup
Japan Malaysia Technical Institute (JMTI)Tutup
Institut Latihan Perindustrian (ILP)Tutup
Jabatan Pertauliahan & Kemahiran Lanjutan (CIAST)Tutup
PoliteknikTutup
BLKPTutup
Permohonan UPUSkills 2018 Online
PANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN UPU SKILLS ONLINE
APLIKASI PERMOHONAN ONLINE UPUSKILLS

klik siniPermohonan ke UPU Skills Online
Berikut adalah cara-cara dan beberapa perkara penting untuk membuat permohonan UPU Skills secara online.
LAMAN UTAMA DAN PENDAFTARAN
Langkah-langkah pendaftaran permohonan adalah seperti berikut:
no 1Pemohon wajib isikan nombor kad pengenalan tanpa simbol (-) di dalam ruang yang sedia
no 2Kemudian, pemohon perlu isikan emel yang sah
no 3Isikan kata laluan dan pengesahan kata laluan
no 4Setelah selesai mengisi ruangan daftar, klik daftar untuk tamatkan pendaftaran
LOG MASUK
Apabila tiba di laman log masuk:
no 1Pemohon mesti masukkan nombor kad pengenalan
no 2Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dan terus log masuk ke dalam akaun
BUTIRAN MAKLUMAN PERIBADI
Berikut adalah butiran-butiran penting yang mesti diisi:
tick iconNama seperti dalam kad pengenalantick iconNombor kad pengenalan
tick iconAlamat rumahtick iconPoskod
tick iconNegeritick iconBandar
tick iconTelefon / Telefon Bimbittick iconEmel
tick iconTarikh Lahirtick iconTempat Lahir
tick iconStatus Kahwintick iconPekerjaan
tick iconSektortick iconPengalaman Kerja
tick iconTanggungantick iconKecacatan (Jika ada)
tick iconJenis Kecacatan 2 (Jika ada)
Klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan ke bahagian seterusnya
MAKLUMAT AKADEMIK
Maklumat mengenai akademik yang perlu diisi dengan memilih daripada senarai yang disediakan adalah:
Point bulletKelayakan 1
Point bulletJenis Kelayakan
Point bulletPusat Pengajian Terdahulu
Point bulletTahun Tamat Pengajian
Point bulletBidang
Point bulletMuat Naik Sijil Kelayakan
Point bulletKelayakan 2 (Perlu diisi sekiranya pemohon mempunyai kelayakan lain dari Kelayakan 1)
Point bulletMaklumat SPM (Merangkumi Tahun SPM, Angka Giliran SPM, Subjek SPM dan Keputusan SPM minima 6 Subjek)
Point bulletPeperiksaan Tambahan (sebagai contoh Bahasa Melayu Julai, Matematik Julai, Sejarah Julai – sekiranya berkaitan)
Klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan ke laman seterusnya
MAKLUMAT KOKURIKULUM
Maklumat Kokurikulum yang perlu diisi adalah seperti berikut:
tick iconPertandingan Kemahiran Malaysia
tick iconMySkills
tick iconMySkills-ASEAN
tick iconPertandingan Kemahiran ASEAN (ASC)
tick iconPertandingan Kemahiran Dunia (WSC)
Klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan ke laman seterusnya
PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN
Pemohon wajib mengisi bahagian berikut dengan memilih dari senarai (drop down list) yang disediakan:
letter a Institusi
letter b Program
letter c Pusat Latihan 1 / Pusat Latihan 2 (wajib isi salah satu atau kedua-duanya sekali)
letter d Pusat Temuduga
Klik butang ‘SIMPAN’ untuk menyimpan maklumat dan ke laman seterusnya
PENGESAHAN MAKLUMAT
tick iconPemohon wajib semak semula segala maklumat yang telah diisi. Jika terdapat sebarang perubahan sila kembali pada bahagian yang memerlukan pengemaskinian maklumat sebelum pergi ke bahagian pengesahan.
tick iconPemohon wajib membaca, menyemak dan seterusnya klik pada ruang Perakuan Pemohon
tick iconSila pastikan butang ‘Sah & Hantar’ diklik untuk memastikan maklumat yang dihantar selamat diterima sistem
LAMAN SLIP PERMOHONAN UPUSKILLS
Berikut pula adalah info berkaitan laman slip permohonan:
no 1Cetak Slip Permohonan Kemasukan Pelajar
no 2Muat turun Slip Permohonan Kemasukan Pelajar
no 3Sila pastikan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar dicetak sebagai bukti sah permohonan
no 4Emel pengesahan permohonan akan dihantar berserta slip permohonan ke emel yang telah didaftarkan
no 5Setelah membuat permohonan, tiada had bagi pengemaskinian maklumat permohonan sehingga tarikh tutup permohonan mengikut Agensi/ Institusi
STATUS SELEPAS PERMOHONAN DITUTUP
Perkara penting selepas permohonan ditutup:
letter aMakluman status permohonan akan ditunjukkan selepas permohonan ditutup
letter bPaparan ‘GAGAL’ akan ditunjukkan sekiranya pemohon tidak berjaya dalam permohonan
letter cPemohon yang ingin mengemukakan permohonan baharu boleh klik pada butang ‘OK’
letter dSekiranya permohonan berjaya, makluman program dan pusat latihan akan dipaparkan
letter eSekiranya program yang ditawarkan bukan pilihan pemohon dan tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut, pemohon boleh mengemaskini permohonan baharu selepas tarikh pendaftaran ke pusat latihan berkenaan
PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak UPU dengan cara berikut:
pointPortal Rasmi UPU
pointManual Pengguna
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline 1 : 03 8870 6767
Hotline 2: 03 8870 6777
Fax : 03 8870 6864
Close