Senarai Program Diploma Yang Ditawarkan Di Politeknik

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Politeknik telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi yang menawarkan pelbagai kursus di pelbagai peringkat. Politeknik sedikit berbeza dengan universiti awam yang lain kerana ia menekankan aspek projek amali. Ia bertujuan untuk melahirkan graduan yang kompeten untuk berkerja dalam industri yang memerlukan ramai tenaga mahir dan separa mahir. Bagi majikan graduan politeknik lebih mendapat tempat kerana keupayaan mereka yang telah terbukti sejak politeknik ditubuhkan.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengangkat pendidikan politeknik lebih tinggi. Dengan itu, taraf graduan politeknik kini setaraf dengan universiti awam lain. Terdapat tiga jenis politeknik iaitu politeknik premier, konvensional dan METrO. Kesemua politeknik ini telah banyak dibina diseluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Kemudahan seperti asrama, kampus pengajian dan perpustakaan telah ditambah baik dari tahun ke tahun. Kelengkapan untuk menjalankan kerja amali juga sentiasa diselia dengan baik bagi memudahkan pelajar.

Untuk pengetahuan semua, politeknik juga ada menawarkan program di peringkat diploma. Ia terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ini. Untuk pengetahuan anda juga, sijil lepasan diploma politeknik boleh digunakan untuk mencari kerja dan paling mendapat tempat dalam kalangan majikan.

SENARAI PROGRAM DIPLOMA DI POLITEKNIK SELURUH MALAYSIA

Perhatian kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma di politeknik, anda boleh membuat semakan program diploma yang anda minati berdasarkan info yang akan kami kongsikan. Berikut adalah senarai program diploma yang ada ditawarkan di politeknik seluruh Malaysia:

program diploma politeknik

SENARAI PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK
JABATAN PENYENGGARAAN PESAWAT
Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Petrokimia)Diploma Kejuruteraan Elektrik & Instrumentasi (Petrokimia)
 Diploma Kejuruteraan KimiaDiploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN
Diploma Senibina KapalDiploma Kejuruteraan Perkapalan
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Diploma Kejuruteraan ElektrikDiploma Kejuruteraan Elektrik (Kecekapan Tenaga)
 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)
 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau)
 Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
 Diploma Kejuruteraan MekanikalDiploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Pembuatan Automotif)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)Diploma Kejuruteraan Mekatronik
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Rekabentuk Produk)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)
 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
Diploma GeomatikDiploma Kejuruteraan Awam
 Diploma Perancangan Bandar dan WilayahDiploma Teknologi Berasaskan Kayu
 Diploma Ukur BahanDiploma Seni Bina
 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan BangunanDiploma Kejuruteraan Alam Sekitar
JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
 Diploma AgroteknologiDiploma Bioteknologi
 Diploma Hortikultur LandskapDiploma Akuakultur
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
 Diploma Pelancongan RekreasiDiploma Pengurusan Hotel
Diploma Pengurusan ResortDiploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
 Diploma Pengurusan PelanconganDiploma Pengurusan Acara
JABATAN PERDAGANGAN
 Diploma AkauntansiDiploma Keusahawanan
Diploma Kewangan dan Perbankan Islam Diploma Pengajian Perniagaan
 Diploma Pengurusan PeruncitanDiploma Sains Kesetiausahaan
Diploma Sistem Maklumat PerniagaanDiploma Perniagaan Antarabangsa
Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian BekalanDiploma Pemasaran
Diploma Kewangan dan PerbankanDiploma Insurans
JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN
Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)Diploma Teknologi Makanan Pengurusan HalalI
Diploma Teknologi Makanan
JABATAN REKA BENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL
 Diploma Pengajian Video Dan FilemDiploma Rekabentuk Grafik
Diploma Seni DigitalDiploma Teknologi Media Cetak
 Diploma Teknologi Kreatif DigitalDiploma Rekabentuk Industri
 Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
 Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
MAKLUMAT LANJUT
Jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari pautan berikut:
pointSenarai Lengkap Program Diploma Di Politeknik
Close