Permohonan Kemasukan Kursus Sijil Veterinar Malaysia Sesi 2020/2021

Share this post:

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh UPU.editor

Bagi mereka yang berminat dan mempunyai keazaman untuk menjadi seorang veterinar profesional, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) telah membuka permohonan untuk menyertai kursus Sijil Veterinar Malaysia (SVM) bagi sesi 2020/2021. Untuk menjadi veterinar profesional, seseorang dikehendaki melalui beberapa latihan yang tertentu untuk layak memperoleh kelulusan sebagai veterinar yang profesional dalam industri ternakan dan pengeluaran. Kursus Sijil Veterinar Malaysia ini menyediakan latihan amali buat para pelajar supaya menjadi tenaga kerja teknikal yang kompeten dalam industri berkenaan.

Sijil Veterinar Malaysia ini dikeluarkan oleh Institut Veterinar Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sejak 1 Januari 2004 yang telah mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Perkara ini adalah untuk memastikan sijil tersebut setaraf dengan kelayakan Sijil Institut Pertanian dari Institut Pertanian, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pihak kerajaan juga pada 1 Julai 2013 telah mengiktiraf Sijil Veterinar Malaysia setaraf dengan Diploma dalam bidang Kesihatan dan Penternakan (atau Sains Veterinar) yang telah diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Pengajian Awam Tempatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 tahun 2013.

Tujuan penubuhan Institut Veterinar Malaysia adalah untuk melengkapkan para pegawai Jabatan dan para penternak dengan ilmu dan kemahiran bidang kesihatan ternakan dan pengeluaran. Pelajar yang menyertai kursus ini akan berada dalam pengajian selama tempoh 2 tahun. Pelajar akan menghadiri kuliah teori dan amali serta didedahkan secara intensif dalam latihan amali. Pelajar juga akan diberi latihan dalam semua subjek ‘Teknikal’ dan ‘Industri’ secara terperinci agar mereka dapat melengkapkan diri ke arah menjadi seorang usahawan yang berjaya selepas selesai latihan.

Selain itu, subjek ‘Am’ dan ‘Industri’ juga diajarkan supaya pelajar dapat mengembangkan ilmu pengetahuan secara sistematik untuk menjalankan program penternakan dengan berkesan. Pada akhir semester 4 program latihan ladang, pelajar akan didedahkan dengan pengurusan ladang ternakan swasta dan juga awam seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang tertentu bagi mendapatkan pengalaman situasi sebenar industri tersebut.

Sepanjang tempoh pengajian 2 tahun tersebut, pelajar akan menghadiri kursus sepenuh masa yang mengandungi 64 jam kredit untuk ditamatkan sebelum layak dianugerahkan Sijil Veterinar. Kursus ini akan dijalankan di Institut Veterinar Malaysia, Kluang, Johor di mana tempat penginapan, makan dan minum serta elaun berjumlah RM200 sebulan juga turut disediakan oleh pihak Institusi Veterinar Malaysia.

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE KURSUS SIJIL VETERINAR MALAYSIA 2020/2021

Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kursus Sijil Veterinar Malaysia yang merangkumi tarikh permohonan, kaedah memohon, matlamat kursus, syarat kelayakan, jadual latihan, tempat latihan dan prospek kerjaya.

Permohonan Sijil Veterinar 1

TARIKH PERMOHONAN SIJIL VETERINAR MALAYSIA BAGI 2020/2021
DibukaDitutup
10 Mac 2020September 2020
Perkara diatas merupakan tarikh permohonan online bagi kemasukan sesi 2020/2021

CARA PERMOHONAN

Untuk mendapatkan borang permohonan secara manual, anda boleh mendapatkannya di alamat berikut:Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya.
Selain itu boleh juga memuat turun secara online borang permohonan melalui pautan yang dikongsikan di bawah:

PERMOHONAN SIJIL VETERINAR ONLINE

klik siniBorang Permohonan Kursus Sijil Veterinar.pdf

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Aras 2,  Lot 4G1, Blok Podium, Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya.
Telefon : 03-88702000
Fax : 03-88884267
atau
Institut Veterinar Malaysia,
KM 13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520,
86009 Kluang, Johor
Tel : 07-759 7000
Faks : 07-759 6812

MATLAMAT KURSUS

Berikut merupakan perkongsian mengenai matlamat kursus ini:
  1. Memberikan pendedahan serta kefahaman berkaitan prinsip dan teknik pengurusan, pemakanan, pembiakan dan kawalan penyakit lazim untuk semua jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan ayam.
  2. Membangunkan dan mempertingkatkan kemahiran manipulatif dalam pengurusan sistem pengeluaran ternakan moden yang produktif dan cekap.
  3. Melatih menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk merancang, mengurus dan melaksanakan program-program pengeluaran dan kawalan penyakit ternakan agar dapat menghasilkan produk seperti daging, susu dan telur, adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan.
  4. Memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran dalam cara-cara pengembangan dan komunikasi supaya pemindahan teknologi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan akan lebih berkesan.
  5. Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan berkenaan pengurusan pejabat, kewangan dan perundangan serta penguatkuasa yang berdasarkan Akta Binatang, 1953 (Akta 647) (Pindaan 2006) dan undang-undang semasa.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Untuk memastikan anda layak diterima program ini, pengambilan adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Merupakan Warganegara Malaysia berusia antara 19 hingga 25 tahun (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan) semasa permohonan.
  2. Mempunyai kelulusan SPM atau SPVM atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut:-
    • Lulus Subjek Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan)
    • Lulus Subjek Bahasa Inggeris
    • Lulus Subjek Matematik
    • Kepujian dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
      • Sains, Sains Pertanian, Geografi, Perdagangan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Pengeluaran Ternakan, Pengeluaran Tanaman, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Prinsip Perniagaan, Asas Perakaunan, Perniagaan dan Keusahawanan, Teknologi Katering, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, atau Asas Pemprosesan Maklumat.
    • Berjaya dalam temuduga yang dijalankan
      • Belum berkahwin (kecuali pegawai kerajaan)
      • Sihat tubuh badan

JADUAL LATIHAN

Subjek yang wajib diikuti pelajar mengikut semester adalah seperti berikut:

Tahun 1

Semester 1

  • Teknologi Penternakan I
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Inggeris Komunikasi I
  • Kejuruteraan Ladang
  • Anatomi dan Fisiologi
  • Sains Pemakan dan Agrostologi I
  • Aplikasi Komputer
  • Asas Sains
  • Kenegaraan

Semester 2

  • Teknologi Penternakan II
  • Pengembangan Veterinar I
  • Inggeris Komunikasi I
  • Sains Pemakanan dan Agrostologi II
  • Asas Diagnosa Makmal
  • Sains Penternakan Unggas
  • Farmakologi
  • Pengurusan Pentadbiran

Tahun 2

Semester 3

  • Teknologi Penternakan III
  • Simulasi Penternakan I
  • Sains Pembiakan
  • Sains Tenusu
  • Pembedahan Asas
  • Kesihatan Ternakan
  • Haiwan Kesayangan

Semester 4

  • Simulasi Penternakan II
  • Kesihatan Awam Veterinar
  • Patologi
  • Epidemiologi dan Survelan Veterinar
  • Pengembangan Veterinar II
  • Latihan Ladang

TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN

Kursus ini akan dijalankan di institut beralamat seperti dinyatakan di bawah.

Institut Veterinar Malaysia,
KM 13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 529,
86009 Kluang, Johor
Tel : 07-759 4700
Faks : 07-759 6812

PROSPEK KERJAYA

Pelajar lepasan Sijil Veterinar Malaysia berpeluang untuk bekerja samada dalam sektor awam seperti jawatan Penolong Pegawai Veterinar atau swasta atau menjadi usahawan ternakan. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut :

  • Penternakan
  • Keusahawanan
  • Perladangan
  • Pemprosesan
  • Agro Pelancongan
  • Klinik Haiwan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pelajar-pelajar yang berminat mengambil kursus sijil veterinar Malaysia, anda akan mendapat beberapa kelebihan seperti hostel yang telah disediakan dan sijil kompetensi pada akhir tahun pengajian. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Sijil Veterinar Malaysia:Sijil Veterinar MalaysiaIklan Permohonan Veterinar resized 1Jika pemohon mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya JPV yang tertera dibawah atau melayari portal rasmi JPV yang telah disediakan di pautan di bawah:

Bahagian Latihan & Pembangunan Kerjaya
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Aras 2, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya.
Tel : 03-8870 2186, 03-8870 2184
Faks : 03-8888 4267
Emel : bhgn_lpk@dvs.gov.my

Close